Monday, August 8, 2011

Future

sapa ada psikik buleh meramal masa depan?? ce gtau aku.. x dak sorang pun kan?? kita manusia yang hidup di dunia ni hanya mampu berserah kepada kehendakNya.. sebaik mana pun kita merancang, tuhan jugak yang tentukan..

hadirnya entry ni untuk kali kedua sebenaqnya setelah entry aku musnah pada satu malam yang durjana.. tercetusnya benda ni adalah disebabkan result UPU yang dah keluaq sebulan yang lepas.. dah sebulan rupanya.. x sangka betoi.. n baru sekarang aku ada kesempatan, dan yakin hati, akal, jiwa dan pemikiran dah stabil untuk meluahkan apa2 yang patut..

result upu.. serius cakap aku takut.. memang laa rezeki dan masa depan di tangan ALLAH.. tp somehow bila pikiaq2 balik rasa macam masa depan aku tuh ada dalam genggaman UPU.. aku memang takut nak tau result upu.. lebih takut dari nak tau result pasum dulu, sebab aku memang takutlah kat penentu masa depan aku ni.. hailaa UPU..

apa2 pun alhamdulillah perlu dilafazkan terlebih dahulu.. aku mendapat IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOPERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.. ok blank.. masa dapat tau benda ni, satu jaa perkataan yang terlahir dari hati aku "okay".. yup hanya ok jaa hati aku mampu berkata masa tuu.. ok in the term of the good one or the other aku sendiri pun x pasti.. sebab memang aku x tau apa perasaan aku masa tuh.. tetiba jadi emotionless jap.. orang kata apa pun, aku angguk.. x stabil ar feeling aku time tuu.. jangan ditanya kenapa sebab hati aku sendiri x terkata apa.. susah sangat nak describe perasaan aku at that time..

aku cuba laa luahkan jugak perasaan aku nih.. first, yeay dapat UM..! second, lega dapat apa yang dimintak.. first, alaa, awat UM lagi??! second, kenapa tak medic?? nampak?? kan aku dah kata benda ni is too complicated.. memang konflik dalaman dibuatnya aku.. lama jugak aku hidup dalam kepura puraan.. oh x sangka Marhaini Mohamad begitu.. aku sengih, aku gelak, aku happy walupun dalam tetap ada rasa emmphh(xmampu diluahkan dengan kata2, WALANG mungkin??)..

UM.. well aku bangga dapat UM.. sapa x bangga beb.. UM the legend, smua orang respect maut kat UM.. entah kenapa aku pun pelik bin hairan.. asai sebut UM jaa, mesti wooo.. aku kat sini bukan nak bangga, jauh skali nak riak.. tp aku dah pernah berada di UM.. setahun di UM masa pasum.. bagi aku cukuplah tuu.. ni x bermaksud aku x mau UM, tp entahlaaa.. kawan2 matrik aku macam syok + excited gila dapat surat tawaran U masing2.. tp aku macam rasa besa jaa.. lagi skali bukan nak riak atau membangga diri.. tapi bila dapat surat tawaran tuu, tengok logo UM, tengok borang2 dia.. aku x rasa apa2.. excited degree tuu memang kurang.. mungkin masa pasum dulu pun aku dapat benda yang sama, so aku boring.. entah apa2 laa mar.. aku sendiri x tau apa kena mengenanya, tapi aku memang kurang feel masa dapat surat tawaran.. n dah memang ternampak jelas seraut wajah UM di benak aku.. tanpa surprise feeling..

besides that, mungkin sebab aku x expect langsung yang aku akan dapat UM balik..walaupun hakikatnya aku tau budak pasum ada probability yang sangat tinggi untuk dapat UM balik.. woit UM tuu dasyat laa, x tercapai dek akal aku nak sambung kat situ.. ataupun sebab aku ni memang jenis x meletak harapan yang tinggi..

tp aku silap.. memang aku silap.. sebab aku silap meletak harapan yang buleh dikatakan agak tinggi terhadap medic UPM mahupun UKM.. kenapa?? ish memang aku mengaku itu silap aku.. sapa kata aku x sedeh x dapat medic..?? memang aku bohong klau aku kata aku x sedeh.. hallo, medic itu impian aku..!! bila x dapat?? admit hati aku patah dua kejap.. sebab tuu laa aku macam go on life ja, go with the flow dengan biomed tanpa memikirkan hati aku sendiri yang keciwa.. memang aku keciwa..

ok.. aku bukanlah hadap sangat nak medic tuh.. sebab aku sendiri x yakin yang diri aku buleh gergaji tengkorak orang, korek perut orang, patah riukkan tulang orang, talk to orang n segala macam doc punya skop keja.. tp jauh di sudut hati aku,memang aku yakin aku buleh wat benda tuu bila reality comes.. wei itu impian aku.. bayangkan aku hidup from form 4 till habis asasi dengan impian aku akan menjadi seorang doktor tapi malangnya tak.. korang faham x?? nope aku tau korang x kan faham sebab korang bukan berada di tempat aku..

memang laa aku bukan jenis yang akan mati bila x dapat medic.. n aku memang x mati pun.. tp keciwa tuu berat sbenaqnya untuk aku tanggung.. sebab tuu aku deviatekan diri aku daripada ingat smua benda alah ni n just go on jaa.. tapi sampai bila aku mampu tipu diri sendiri?? xkan seumur hidup kan?? so biaqlah aku nak reyau ka apa ka just for tonite to setlle down this thing..

for aku myself, aku ok jaa kut dengan biomedic.. aku terima sebab itu apa yang aku mintak.. tapi aku tetap mengaku yang harapan aku untuk medic agak tinggi sampai aku x terpikiaq klau x dapat medic, aku nak wat apa.. biomedic, nama macam sedap jaa kan, so aku pun buh jaa laa apply dalam borang UPU tuh.. as easy as that kan mar?? satu jaa thing yang aku dengaq pasai biomed, iaitu doktor yang x merawat pesakit.. admit lagi yang passion aku untuk doktor amat tinggi sampai bila aku dengaq biomed ni keja macam doktor jugak, aku terus tertarik..

mar n doktor.. macam dah sebati.. oh pelis, perasannya anda Marhaini Mohamad!! tp memang, family, cikgu, kawan2, sanak sedara, junior n klau buleh smua makhluk laa anggap yang aku ni future doc.. memang factor sekeliling ni one of the factor yang aku rasa aku nak nangis sepanjang malam.. korang punya harapan tuu terlalu tinggi.. aku rasa aku useless, aku loser sebab menghancurkan impian orang n impian aku sendiri.. again korang x kan faham perasaan aku.. kita hanya buleh menilai jika kita berada di tempat orang tuu kan??

adik tau laa, mak x happy adik dapat biomedic.. x payah berpura pura.. memang mak x luahkan, tapi adik tau dari cara mak cakap, mak tanya.. mak frustkan adik x dapat medic?? ya allah, hampehnya aku rasa diri aku masa aku habaq kat mak aku yang aku dapat biomedic, n mak aku tanya balik "biomedic?? bukan medic?" rasa macam nak meleleh ayaq mata time tuu jugak.. tp aku x.. aku kuat.. aku cover, aku jaga ayaq muka aku.. tp hati aku masa tuh dah hancuq berkecai kecai hanya aku yang tau!! mak macam x yakin dengan biomedic, so do I !! so??

family.. stop calling me DOCTOR, I'm NOT!! rasa nak jaa aku jerit ayat ni biaq satu dunia tau n faham.. sanak sedara smua dah menggangap aku ni doctor.. ni mak teh, mak long, nek sakit buleh laa hani rawatkan.. aku diam jaa masa orang kata ni smua.. tapi hati aku menangis, sapa yang tau?? tolong laa faahaaammmm!! n memang susah nak fahamkan orang kan?? they still anggap aku ni doctor.. memang aku rasa loser yang maha hebat laa!! inferiorty compex.. tahniah laa smua buat aku rasa macam ni.. orang respect aku, orang bangga dengan apa yang aku x dak.. oh damn.. perasaan yang sangat arrrggghh..

bukan tuu jaa, cikgu2 pun sama.. serius cakap aku malu.. malu.. tp bukan salah aku kan?? bila orang smua tanya dulu aku nak jadi apa, nak further apa.. aku memang laa jawab medic sebab itu memang apa yang aku impikan, tp x semestinya aku ni bakal student medic!! weh tolong laa faham aku sket.. terguris hati tok sah cakap laa.. bukan takat terguris, terpotong potong dah hati aku bila orang tanya awat x medic?? aku?? hanya mampu tersenyum..

malah ada yang berkata, oh x payah nak kata, aku sendiri pun tau yang aku still buleh nak jadi doktor.. aku memang buleh jaa masuk ACMS, AIMST, MSU, n segala macam yang ada menggunakan biasiswa NGO yang makin bersepah skarang ni.. tapi aku x mau!! memang ramai jaa kawan2 aku yang nak medic tp result hancuq, tp still teruskan degan medic.. ada yang p indon, mesir, private college.. padahal diorang x layak!! hui jahatnya mulut.. tp itu apa yang aku rasa.. kenyataan.. aku lebih layak.. below 3.5 pun nak jadi doktor.. wei korang x rasa bersalah kaa potong line orang?? dunia kadang2 kejam.. whatever it is lepas ni diorang smua tetap jadi doktor.. orang x heran pun kat mana pun yang diorang blajaq, x perlu UM pun diorang still doctor..  and aku akan jadi apa?? ntah, aku sendiri x pasti..

perdana university.. one of uni yang aku rasa logic n sesuai laa jugak untuk aku.. ramai kawan pun nasihatkan suruh aku p.. aku nak p.. tp family macam x menggalakkan.. aku keciwa jugak sbenaqnya.. depa memang macam x bagi aku p interview tuh.. baru interview kut.. aku rasa tentangan dan halangannya walaupun bukan terang terangan.. abah x bagi aku p kl juz for that interview, along n bangah macam kata x payah laa, klau dapat nak p ka apa laa.. sedeh aku sedeh.. tambah2 klau tanya aku tetap nak medic ka?? tanya, tapi in the same time suruh aku redha dengan biomed.. aku keliru.. aku sangat keliru.. otak aku jaa aku kerah untuk pikaq, hati aku abaikan.. lagipun aku x suka pada keadaan yang x pasti.. klau aku p interview, bila nak tau result aku layak ke x.. aku benci duk tengah2.. biaqla di hati dah tetap dengan UM, senang..

entahlaa, aku jadi sedih sangat malam ni mungkin sebab cikgu2 yang aku jumpa kat skolah tadi.. cikgu roslina sampai kata mudahnya aku mengalah ikut takdir tanpa fight klau hati aku sbenaqnya nak medic.. teruk jugak kena marah + nasihat.. aku hanya?? tersenyum.. teacher yati kata hiduplah aku dengan kuman2 lepas ni dengan course biomedic, dah laa sakit teacher kata.. aku hanya?? tersenyum.. tabahnya aku.. tp ketabahan aku diuji.. aku tengok drama, doctor rawat patient, tersentap hati aku.. dulu bila aku tengok benda2 tuu aku bayangkan yang aku akan jadi macam tuu nanti.. tp skarang.. sedeh.. aku x buleh jadi macam tuu dah.. line dah laen.. aku x pasti aku buleh tengok house lagi ka dak lepas ni.. ohh..

lama jugak benda ni menghantui hidup aku.. antara status yang terlahir
~Aiseh.. CUAK tak hengat ar..
~MAR tak akan kecundang !!
~UM, kembali aku kepadamu..!
~Spill mar spill ! Be yourself !
~Nangislah jika itu mampu mengubat lara..
~What's in my mind?? Is it because of VERSUS or BIOMEDIC?? Damn..
~aku sangat CELARU!!
~Rasa macam nak masuk UM esok jugak!
~NO one knows you best else than yourself do!
~Aku tak cukup kuat untuk itu..
~Mood UM..! Come to me bebeh.. Stop hiding! I'm looking for you..


apa pun aku still bersyukur sebab at least aku dapat apa yang aku nak, bukannya kena lelong.. ramai kawan2 aku yang kena lelong, dapat course ntah apa2, U pun ntah mana2.. aku still dapat apa yang aku inginkan jugak.. cuma mentally aku not fully ready for this..ready x ready aku kena laluinya, kena readykan diri jugak, kena sediakan otak, hati n akal di tahap yang paling baik sebelum nak menempuh apa2 jua keadaan di UM kelak..

untuk pengetahuan semua, jangan risau.. sebab aku ni memang seorang yang rasional.. aku terima biomedic dengan hati yang terbuka.. walaupun pada awalnya ada jugak kesangsian, keraguan, dan kekeciwaan menerima course ini.. manusia kan, x pernah cukup dengan apa yang dia ada.. bila duk sorang2 pikiaq balik, sampai bila aku nak regret benda ni?? ni suratan hidup aku.. Allah dah pilih jalan yang terbaik.. kalau Allah x mau berikan apa yang aku nak, mungkin Dia akan berikan yang lebih baik di masa akan datang kan?? ayat ni jaa laa yang menyejukkan hati aku.. merawat luka dalaman aku.. mungkin jugak Allah dah tau yang aku x cukup kuat untuk medic.. mana tau klau aku truskan jugak medic, aku akan lingkup half-way ka, oleh itu Dia bagi siap2 biomedic ni kat aku.. terima lah seadanya..

dear biomedic, dengan rasminya anda menjadi impian dan sandaran aku skarang.. biaqlah aku amalkan prinsip, bercinta lepas kawen dengan biomedic ni.. lebih indah kan?? aku memang x worry langsung pasai keja.. insyallah rezeki ada di mana2 dengan izinNya.. ampunkan aku ya Allah sebab macam menyalahkan takdir.. tidak sama skali.. cuma hati yang ingin berkata kata meluahkan kelukaannya dengan harapan cepat sembuh n move on..

kemon la mar.. biaq apa orang nak kata, biaq apa orang pikiaq, biaq apa orang nak anggap.. aku tetap aku.. remember?? apa2 pun, hidup aku, aku yang tentukan.. mulut orang bukannya buleh tutup.. yang nak kena belajaqnya hang, bukannya depa.. terima jaa laa sebagai satu doa bila orang panggil hang doctor.. tp aku sendiri janji dengan diri aku, yang aku akan dapat titlle doctor tu.. for my phd.. insyaallah..

abaikan smua ni, tetapkan iman.. berubah ke arah yang lebih baik.. betulkan niat.. aku study, nak dapatkan ilmu.. x kira laa apa pun cabang ilmu tuu.. bukannya study untuk nak jadi doktor.. study life, alangkah indahnya.. rebut peluang tuu untuk berkongsi sedikit ilmu Allah di muka bumi ni.. hargainya.. insyallah aku akan buktikan yang aku mampu belajaq, mampu berjaya, mampu 4 flat, mampu teruskan hidup ini dengan sebaik mungkin..

n to UM.. alhamdulillah.. aku dah kenal UM... dah tau selok belok UM.. senang laa kan?? kawan pun ramai.. x payah susah2 nak terkapai kapai cari kawan n sesuaikan diri kat UM tuh sebab dah memang sesuai sangat.. hehe..klau dapat sebilik plak dengan lissa lagilah bahagia.. mudah mudahan frenship kitorang ok.. n aku.. back to UM.. back to DTC.. back to the library.. n back to those memories..

sorry kalu aku bawak korang ke kancah dilema aku ni.. n sory klau aku memeningkan korang.. sebab aku sendiri pening dengan apa yang aku luahkan.. ada faktor VERSUS (pengaruh hlovate yang maha kuat) kat sini.. antara AKU dan AKU yang berbeza fikiran dan pendapat.. yang think hard pasai future either on the good side or the bad side.. rationalize thing.. aku sama skali x kan regret benda ni.. jangan terpedaya.. post ini hanyalah segelintir perasaan aku yang celaru.. xkan di bawak seumur hidup.. tinggallah perasaan ni kat sini.. aku akan move on live dengan semangat baru.. MAR yang baru..

6 comments:

Alya Nabilah said...

Akak... serius nak nangis baca post akak ni. :(

Anonymous said...

Akak.. Kite ade pemikiran yang sama.. Saya pun tengah dalam dilema ni.. sama ada nak teruskan dengan bimoedik atau sambung medik di ipts.. kite berkongsi masalah yang sama.. tapi saya rase tak valid lagi dah komen saya ni.. saja nak akak tau yang kita sama.. hukhuk.. nak sambung medik. tapi rasenya tak bole. sedih tu takpayah cakaplaa.. sampai da tak terkeuar dah air mata nii.. tapi nak kata ape.. redha je laaa.. mak pun even cakap die tak kesah saya nak amek biomedik, tapi dalam hati die saya tau sangat mengharapkan saya amek medik.. sangat2 sedih bile kita tau kite dah menghampakan hati parents kita.. takpelaa kak.. teringin sangat nak tau macam mana akak sekarang.. okay tak biomedik?

Aminah said...
This comment has been removed by the author.
Aminah said...

This is EXACTLY 100 percent of what i am feeling right now. Except for the parents' feelings part. Now i just want to know, where are you and how are you doing rn?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak....

Ini jugalah apa yang saya tengah rasai akak... Sejujurnya dari hari mendapat keputusan sehingga minggu selepas AG, saya masih rasa sedih, hampa, kecewa yang teramat sangat... Tak tahu kenapa saya rasa macam kalau dapat kos bioperubatan ni macam dah tamat riwayat...

Sejujurnya pada permulaan, saya pun ada rasa yang saya mesti boleh dapat kos perubatan, sebab saya yakin saya ni cemerlang... Tiba-tiba bila tengok myum tengok2 kos bioperubatan yang ditawarkan... Lepas tuh bila pergi ke sekolah dan bagitahu dapat bidang bioperubatan, cikgu2 mulalah bagi "nasihat" yang sebenarnya sangat melukakan hati saya.... Lepas tuh kawan2 sepasum pula macam terkejut pula saya dapat kos ini... "Ye ke?" "Macam x caye je ko boleh dapat kos ni..." "Bersabar ya XXXXX, mungkin ada hikmah di sebaliknya"... AHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!! Cukup2 lah tuh!!! Aku x mahu dengar apa2 lagi dah!!!

Lepas admission tanya pula lecturer dan seniors saya pasal kos bioperubatan... Diorang pun x boleh bagi jawapan yang memuaskan hati saya... Lepas tuh cari pula kat laman web dan blog2, still x dapat jawapan yang saya nak....

Saya bukan nak apa2 pun, saya cuma nak keyakinan semata2... Saya nak keyakinan yang piihan untuk bidang bioperubatan adalah pilihan yang tepat... Kan baru2 ni bidang bioperubatan diiktiraf sebagai bidang profesional? Jadi tuh lah semua junior ada beli baju korporat, dan kena pakai sewaktu AG...

Tapi semua tuh sia2 sahaja... Tak de makna lagi dah saya nak bagi harapan...

Tahu x apa saya rasa sekarang ni? Saya rasa diri saya sangat tak berguna... Hmmm... Budak bioperubatan.... Apa yang wow sangat pasal bidang ni? Hancur kak hati saya sekarang ni, sebab saya fikir bidang ni sama je dengan kos universiti yang lain... Semua biasa2 saje dn x de apa2 manfaat pun

MaRHaiNi said...

sorry if i was too late to reply all the comments.. do pm my fb, Marhaini Mohamad klau nak tanya anything or just to share feelings..

Post a Comment