Saturday, November 10, 2012

Midlife Crisis

Signs and Symptoms :
~ Rasa tak menjadi diri sendiri
~ Rasa tak nak bercakap dengan sesiapa pun
~ Need to be alone, away from people
~ Tak nak tahu pasal sesiapa pun, gossip or anything
~ Boleh bergenang air mata tak kira masa dan tempat
~ Diam
~ Try to deviate diri, to have fun but failed
~ The need of Allah

Causes :
~ Penat menjadi baik
~ Penat jaga hati orang, please orang
~ Fedup dengan rutin harian
~ Penat melayan kerenah dan ragam manusia
~ Rasa berada dalam komuniti yang salah
~ Kecewa dengan reaksi dan sikap manusia
~ Prinsip hidup terpaksa diketepikan tanpa rela
~ Nak jadi hero in every situation
~ Masalah orang, masalah aku
~ Halangan - Plan tak menjadi
~ Worn out
~ Tension tak study
~ Mula cari tujuan hidup
~ al-Quran, Allah

Adverse effects :
~ Marah diri sendiri
~ Rebel tak nak study
~ Ponteng kelas
~ Mengasingkan diri
~ Kurang bercakap
~ Makan sebab wajib makan
~ Fake smile

Treatment :
~ Find a new environment, people
~ Get a grip on al-Quran

*hijrah satu permulaan
*tanpa perlu tergesa-gesa
*Allah tetap ada

melangkah ke tahun dua

21 rules to a better year, insyaallah..

1 No sleep after Subuh OR Asar
2 Mathurat sekali sehari
3 Buat notes and study lillahitaalah
4 Buat nota kaki
5 Be polite, soft spoken
6 Jaga attendence
7 Takwa in a way of berhati hati
8 Focus, jangan terbang
9 Kuatkan hati walau apa berlaku
10 Sabar, kurang mencarut
11 Be a good wife to yourself
12 Jimat and kongsi rezeki Allah
13 Dekatkan diri pada Maha Pencipta
14 Ingat Abah, Mak, Along, Temok.. Kak..
15 Jangan merungut, just do it
16 Jaga makan, jaga kesihatan
17 Jangan runsing, jodoh tak ke mana
18 Jaga hati manusia
19 Live a positive life
20 Stick to yourself, jangan terpengaruh
21 Distinction!

Saturday, May 12, 2012

Reset

Assalammualaikum.. Haih x pernah2 bagi salam aih.. Hik hik.. Lama x meraban, luangkan masa sket utk muhasabah diri..

Kini, dah dekat setangah tahun aku di bumi Bangalore India.. N aku pernah jejak Malaysia skali je.. Cekalnya aku.. Walau berpisah ribuan batu dari family, aku tetap berdiri teguh di sini.. Haha.. Dah separuh masa kedua second sem dah pun.. Perghh cepatnya masa berlalu..

Aku tersentap hari ni.. Doktor Saie, lecturer anat aku kata tadi kat dlm klas "I think the last batch need some guidance and attention" Perghh sebaris ayat yang sangat memakan organ dalaman budak2 last batch.. Aku salah sorang dari batch tersebut.. Eleh Doctor Saie, segan lak nak sebut Batch C, xyah nak cover2 sgt.. Cakap je laa Batch C is the worst.. Sumpah aku sentap.. Aku macam baru sedaq, ooo takat ni rupanya kedudukan aku.. Sangat menyedihkan.. Malu pun ada kena sound cenggitu dalam klas.. Yang penting lepas kluar klas tuh, trus aku muram.. Tak de laa ambik hati ke apa ke dengan Saie, juz memang aku sentap..

Aku nilai balik diri aku.. Betul jugak apa yang Saie cakap.. Aku memang truk pun.. Sem 1 punya Progress Test fail.. N aku relax je bila aku fail.. What the?? Sem 1 Exam, result xdapat.. Begitu juga dengan Progress 2 sem 2.. Aku jadi x sedaq diri bila x dapat result kut? Pikiaq balik apa aku jawab dalam exam, pergh mmg hampeh.. Sesedap rasa jaa aku hentam.. Adoi laa.. Aku xdapat turning point lagi ni.. Mungkin teguran Saie ni adalah anjakan paradigma aku n kawan2 untuk berusaha dengan lebih bersungguh sungguh..

Apa yang aku nak wat?? Ni kiranya janji aku pada diri aku sendiri.. Aku ada brapa hari je lagi ni nak Sem 2 Exam then PRO EXAM.. Pro Exam sangat menakutkan.. 1 year punya syllabus mana nak cekau smua nama penyakit n mechanism nak hafai tuh?? Tapi aku percaya, xde yang mustahil klau sesungguhnya aku nak benda itu.. Apa yang aku nak mesti aku dapatkan kan.. Aku atcelli yakin yang aku buleh, tp rasa macam ada halangan untuk aku trus bersungguh sungguh n konsisten.. Mar! Fokus Mar! Satu jaa laa sebabnya, kurangnya motivasi diri.. Ni tengah nak motivate la ni..

Ayuh kita mulakn.. Dimulakan dengan bismillah.. Niat.. Renung n kenang kembali niat utama aku kat sini.. Blajaq kan? Aku mai India ni sebab nak blajaq, nak gain ilmu, nak jadi doktor pada satu hari nanti insyaallah.. Aku kena kenang balik, kalaulah rezeki ni bukan rezeki aku, apa yang akan aku rasa duk kat UM dengan biomedic tuh? Aku still dalam group biomed kat fb, n diorg punya jadual n activity sangatlah tidak menggembirakan aku.. So hargailah apa yang aku ada.. Sentiasa bersyukur.. Terima kasih Allah tempatkan aku di sini.. Memang ikhlas setulus hati, aku bangun pagi hari2 p klas, nak menuntut ilmu hanya kerana allah.. Jangan study sebab nak exam, takut xberkat ilmu, aku nak pakai ilmu yg aku dapat untuk rawat org ramai kut, untuk handle nyawa org, bukan untuk tulis atas kertas semata mata apa yg aku blajaq.. Bab ni insyaallah aku lulus.. Memang prinsip yang dah lama aku amalkan, just kena selalu ingatkan diri sendiri.. Sesungguhnya manusia itu pelupa..

Cara study.. Aku ada masalah.. Banyak sangat agenda luar yang kacau niat aku nak study dengan tekun.. Faktor rakan sebaya contohnya.. Dah mar, lantaklah orang lain nak jadi apa pun.. Aku adalah aku kan.. Kau xnak study sudah, aku study.. Kau nak study, haa study laa aku rehat jap.. Means jangan influence dengan org.. Competetive itu bagus tp jangan over competitive, takut kacau niat utama nanti.. Kat klas, fokus sepenuhnya time lecture, ada masa grab buku baca sket2 about lecture before masuk lecture supaya x blurr.. SDL jangan ponteng.. Fokus jugak time Sdl.. Rebut masa yang ada walaupun sekangkang kera untuk study sendiri.. Balik umah, lepak dulu petang, tdo ke masak ke jog ke bergayut ke.. Its ur own choice dude.. Enjoy that moment.. Malam lepas isya jemaah kat surau, start study.. DENGAN TEKUN.. Tdo maksimum awai 12, maksimum lambat 3.. Pliz laa, untuk 2 bulan ni je.. Xlama mana pun nak seksa, walaupun sesungguhnya katil sangat menggoda.. Then subuh, lepas subuh xyah tdo laa mar.. Rezeki x masuk, otak pun bengap.. Celah mana faedahnya tdo lepas subuh tuu.. Ni satu perubahan baru ar yang aku nak wat.. Jangan tdo lepas subuh.. Like SERIOUSLY.. Bukannya ngantuk pun lepas subuh, tp gatai nak tdoq jugak.. Jangan manjakan diri sangat..

Next is life.. Aku sedar life aku kucar kacir minggu ni.. Aku x fokus.. Tau silap aku, aku angau melampau minggu ni.. Satu ja benda yang bleh ganggu hidup aku, iatu study! Jangan biarkan anasir anasir tak berfaedah kacau hidup aku.. Lupakan segala masalah.. Lantaklaa apa nak jadi.. Yang aku kena jaga ialah study.. Jangan take port pasal kawan, environment, teman2 sekuliah, mslh rumahtgga org n momo.. Admit momo sangat menggangu aku minggu ni.. Hei lantak dia laa.. Semua hati orang aku nak jaga, hati aku sapa nak jaga?? Haa jawab2.. Xdak org nak jaga pun kan.. Sayangi diri sendiri dulu sebelum menyayangi org laen.. Apa nak jadi, jadi laa.. Smua benda pun dah ditentukan allah kan.. Lepaskan smuanya.. Biar keadaan yang menentukan..

Life lagi.. Xyah duk kluaq sangat laa mar.. Ada apa jaa pun kat india ni.. Xyah sebok2 nak shoping.. Lepas exam, aku ada seminggu nak shopping before balik raya.. La ni, minimumkan kluaq meronda xdak arah tuju huhaa sana sini.. Bleh ja nak lepak cofee house, shoping barang umah.. Tapi pada2 ar.. Elak kluaq weekend.. Manfaatkan weekend.. Kedekutkan masa sket.. Ingat study kena allocatekan paling banyak masa.. Mentor aku pun dah cakap, "this is not the time to enjoy anymore.. U only have 1 module left.. Yes 1.. So take it seriously.." haha mangajuk cakap mama plak.. Naseb laa aku ni xdak masalh hiburan.. Biaq laa org nak kata aku x fun pun, dah memang aku xminat nak ngadap tv nak wat cemana.. Duk umah pun bukan layan sangat tv tuh.. So dah kurang perkara lagha aku wat.. hihi..

Malaysia.. Kerap2 la call malaysia tuu.. Berdosa anak biarkan mak bapak rindu kat dia.. Haha.. Crita mcm aku derhaka jaa x kol malaysia.. Aku slalu kol laa, insyaallah x lupa diri.. Family tetap perlu diutamakan.. Oh damn, I miss them like so damn much.. Sabaq2, xlama dah.. Cuti 2 bulan kut.. 2 bulan seksa, 2 bulan syurga.. Rumahku syurgaku kan.. haha..

Jaga hubungan dengan Allah.. Kerna sesungguhnya semua yg terjadi adalah daripadaNya.. Jiwa kacau ka nak meroyan ka smua mengadu kat Dia.. Aku ada Dia yang sangat setia mendengar keluhan hamba2 Nya, aku pun kena laa setiakan.. Isnt that simple?? Its a mutualism relationship.. Take note, I have Him, Belief on Him..

Aku begging myself.. Starting tomorrow onwards, be serius in this matter babe.. Aku tau aku buleh, aku kena buktikan yang aku buleh.. Insyaallah.. Bersungguh sungguh laa wahai insan..

Sekian..

Monday, January 2, 2012

a.z.a.m

2012.. haish.. nak tau dak.. umuq aku dah menjangkau 20 tahun secara tak officialnya.. pergh dah habis dah zaman belasan aku.. skali dengaq rasa macam tua, dua kali dengaq macam best dah masuk zon dewasa.. apa2 pun terima kenyataan.. adatlah kan, masuk tahun baru, mesti ada azam baru.. apa gunanya azam ni?? untuk membimbing diri agar x terpesong n untuk ada matlamat untuk hidup.. azam aku untuk tahun ni  rasanya laen dari yang laen.. mungkin sebab aku berada di tempat yang laen.. hoho.. aku sangat bersemangat untuk buat azam.. ntah kenapa.. aku rasa aku perlu ada matlamat untuk dicapai..

first of all, tentulah pasai study.. aku ambik medic.. bukan calang2 woi.. rasa xcaya tuh masih menebal yang aku akan jadi doktor dalam masa 5 tahun.. aku rasa jauh lagi perjalanan aku nak jadi doktor ni walaupun aku dah mulakan perjalannya.. faham2 laa bayangkan kesusahannya.. walaubagaimanapun, tiada yang mustahil.. org laen buleh, kenapa tidak marhaini?? betulkan niat.. aku blajaq medic untuk ilmu.. ce bayangkan sanggup ke idak jika ditakdirkan aku x menjadi doktor satu hari nanti setelah berhempas pulas selama 5 tahun ngadap buku medic yang maha tebai.. insyaallah aku sanggup.. aku balajaq untuk ilmu, itu dituntut sebagai fardu ain.. aku wajib menuntut ilmu.. aku bukan study untuk jadi doktor.. aku study untuk dapatkan ilmu yang melayakkan aku berkhidmat sebagai seorg doktor.. fahamkan konsep di sini ya.. hoho..

apa yang aku nak lakukan?? aku nak stay focus dalam kelas.. jangan tangguh wat nota.. jangan pressure keja banyak, mana best student doctor goyang kaki.. banyak keja baru nampak bena kedoktorannya.. study sungguh2..  jangan jadikan masa penghalang.. kerna sesungguhnya masa sangat2 laju di sini.. macam ayaq yang mengalir dari paip.. cepat sangat yang aku perlu blajaq dalam tempoh masa yang singkat.. itu adalah cabaran yang sangat2 mencabar..  study smart.. study hard, tambahkan masa study.. jangan terlalu manjakan diri mar!.. ari2 pikiaq time mana nak take a nap lepas klas, bukannya pikiaq nak study lama mana.. haish laa.. kurangkan tdoq, banyakkan study.. tdoq tu rutin jaa.. sejam pun cukup an.. hah mampus aku jadi zombi pas ni.. haha.. xdak maknya, study tetap setakat mana mampu, kalau dah x mampu, masuk bilik tdoq.. jangan paksa diri, merana kemudian hari.. nap di petang hari dibenarkan asalkan sedar hakikat itu adalah nap semata mata.. jangan berhibenasi plak.. pernah satu malam tu, aku tdoq dari 7 petang samapi 2 pagi.. nap apa kejadahnya tuh.. haha.. ingat diri mar woi.. aku nak score.. harapan aku, aku nak distinction of course.. sapa xmau kan.. tp besalah aku never target tinggi.. usaha usaha dan terus berusaha.. berdoa, bertawakal.. aku wajib lulus, at least 65% n above.. insyaallah..

next, aku nak elokkan pekerti.. pergh ayat x bleh blah.. aku nak jadi diri aku sendiri yang pandai menjaga adab pergaulan dan pertuturan.. kurangkan gosip, kurangkan mengumpat, kurangkan mencarut.. n ada satu benda lagi yang sangat penting.. aku dah x mau _ _ _ _ _ _ _ _.. lantaklah korang x tau, hanya aku yang tau.. benda buruk baik ditinggalkan.. aku nak jadi seorang insan yang ada prinsip hidup sendiri.. x mudah di permudah mudahkan oleh org lain.. xkan ikut cakap org, klau aku yakin yang aku btui.. aku adalah aku.. org lain xmampu wat apa2 klau aku ada keputusan aku sendiri.. jangan cuba pengaruh aku, sebab aku memang akan fikir sedalam mungkin.. xkan tergopoh gapah wat somthing.. sebab banyak remaja dewasa ini  terpesong atas pengaruh rakan2 sebaya.. aku rasa macam aku tgh karang karangan penulisan bm plak aih.. jangan mudah ikut org..buat hal sendiri.. buat apa yang aku rasa baik untuk diri aku..

kehidupan.. jangan ambik port benda2 small matter.. setakat hal remeh temeh xyah duk pusing pala pikiaq macam ada masalah negara.. hal budak2 jangan masuk campuq.. haha.. xyah being obses dengan masalah.. take it easy.. apa2 utamkan study dulu.. jaga hubungan dengan kawan2.. xmo gaduh2 x baik, xmau cakap2 balakang.. ikhlaskan hati jugak berkawan atas dasar ukhwah.. terima kawan seadanya, hargai kawan.. sebab depa jaa yang aku ada kat sini.. x mau puak puak kan org.. smua kawan adalah manusia.. lainlah kalau aku berkawan dengan monyet kat library tuh.. urus hidup dengan baik, matured n berdikari.. ermm nak blajaq masak.. hoho.. buleh kut masuk dalam kategori ni.. kena pandai masak by 2nd year.. haha..

kesihatan.. aku kena jog every weekend without fail.. aku kena jaga kesihatan.. the same goes, betulkan niat yang aku bersenam untuk kesihatan buakan untuk kecantikan.. pergh smua pakai niat jaa la ni.. aku kena exercise sebab nak fit, nak sihat.. jaga makan.. pun sebab nak sihat bukan sebab nak kurus.. jangan pernah target kurus!!.. just jaga kesihatan.. klau aku kurus, itu bonus..

perhubungan.. pergh panas.. aku open for any relationship.. coz i'm twenty.. oh harap maklum ini bukan iklan.. aku not looking for, but klau ada, aku akan fikirkan.. aku xkan tolak mentah2 macam dulu.. mak aku pun kata buleh ada.. pergh green light tuh.. n klau ada kena janji xkan carried away.. just be nice, jangan over in relationship.. xyah nak jiwang sangat.. kerna jodoh dh sememangnya ditetapkan dari awal.. tunggu n lihat.. insyaallah permpuan yg baik untuk lelaki yang baik.. macam tuu jugak sebaliknya.. n aku x kan kawen within this 5 years.. jangan pelik kenapa aku wat statement ni.. sebab kat sini ramai yang dah berkawen.. takut aku.. takut terkenan.. hoho.. aku cuba elakkan n aku xmau, tp kalau dah ketentuan.....

muslim.. aku beragama islam.. kembali ke jalannya.. tingkatkan ibadat..smayang sunat.. baca quran, tafsir, smayang jemaah, jemaah surau, tutup aurat, kukuhkan iman, fahami dan hayati solat, jauhi apa yang dilarang, banyakkan puasa sunat.. kerna sesungguhnya aku sedar yang aku hanya ada allah di bumi india ni untuk membantu aku atas apa2 urusan.. hanya padanya aku bermohon.. aku mampu, insyaallah.. ya allah, berikan aku hidyahMu, tenang dan lapangkan hatiku..

cukup kut setakat itu azam aku untuk tahun 2012.. happy new year!