Thursday, August 18, 2011

Knowing myself !

entah mood apa merasuk aku malam ni.. aku tiba2 teringin nak kenal diri aku sendiri.. mungkin aku dah lupa aku siapa?? haha ngarut ar tuh.. naa juz curious laa nak tau about myself.. lagipun aku rasa tergerak nak appreciate jasa2 psychologist yang rajin duk mengkaji pasai tingakah laku manusia ni.. hebat ar diorang.. setelah penat berjalan jalan dengan pak cik yahoo! (pak cik google aku sakit ini malam) tadi, ada laa aku mendapat beberapa result personality test.. jum kita tengok..

1 ~ Nama : MARHAINI

M - mesra *tengok orang jugak kut sebab bukannya jenis mesra alam sangat pun.
A - amanah *insyallah
R - ramah *not me, sorry.. nak bukak mulut pun susah kadang2
H - harum *haruslah, body shop la katakan..
A - alim *alhamdulillah, need improvement
I - ikhlas *insyaallah
N - naif *masyaallah.. haha
I - idealistik *proud of

2 ~ Kajian 25 tahun Dato' FZK (haih dato' lamanya mengkaji, thanks)

Sangat bersopan santun & bertolak ansur
*sopan itu etika.. tolak ansur itu manusia..
Sangat cermat, teliti & teratur
*I am.. kalu wat benda tuu biaq laa betui2 dengan sepenuh hati.. 
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
*kadang2 x diluahkan.. hanya kritik dalaman.. jiwa sendiri menderita kadang2..
Pendiam tapi pandai bercakap
*sangatlah pendiam with sumone i'm not comfortable with laa.. pandai bercakap with sumone i comfort with..
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
*err relax be cool.. simpati overloaded, tp x mampu wat apa2.. 
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
*i'll take terperinci n jujur.. setia?? no experience, no comment
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
*blushing*
Sangat sensitif yang tidak diketahui
*kan?? betul.. sangat2 sensitif tapi x nampak coz i know how to hide it.. 
Orang yang banyak berfikir
*saya suka fikir.. alam ni luas yang tuntut penghuninya untuk berfikir.. tp kadang2 terfikir luar alam laa plak..
Daya pentaakulan yang baik
*all u need is usaha 
Otak bijak & mudah belajar
*alhamdulillah 
Suka mencari maklumat
*ilmu itu luas 
Kawal diri dari terlalu mengkritik
*kan?? suka kritik tp x suka luahkan.. done that in my heart.. 
Pandai mendorong diri sendiri
*aku nak, aku usahakan, sampai dapat!
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
*rahsia?? erk yang mana satu ar?? meaning mmg banyak ar?? ngee.. yup easily know how people feel.. 
Suka sukan, hiburan & melancong
*melancong!! since I cut the entertainment off lately.. 
Kurang menunjukkan perasaannya
*malu.. + ego menggunung..
Terluka hatinya sangat lama disimpan
*depends on how hurt I am.. but memang suka makan dalam pun.. 
Terlalu memilih pasangan
*ngaa.. be...tull... i dont wanna jeopardize my life, dont u??
Sukakan benda yang luas
*lapang. 
Bersistematik
*x serabut 

3 ~ Based on binatang.. (aku suka binatang...)
     September 15-27 ~ Kucing (...kecuali kucing) macam mana leh dapat kucing ni??
  
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu.
*memang penyayang.. nak habiskan aiskrim sundae cone mcd cepat2 pun aku sayang.. malu, yes i am.. 
Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai.
*tenang.. out of people.. pencinta alamlah katakan..
Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
*ilmu memang sumthing untuk dipelajari, dah dapat sumthing, hargai n bersungguh sungguh laa.. 
Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!
*try tengok!! haha.. selagi x lepas cabaran, xsenang duduk.. 
Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
*ngaa.. ni silap ni.. bergayakah?? mesti salah kucen ni.. 
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.
*jangan laa.. i x pandai tau fesyen2 ni.. simple n cool sudah..
Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
*100% true.. dah kenai ok.. x kenai, kirim salam.. 
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
*again?? sah aku memang memilih..

4 ~ Based on ques yang aku answer kut.. ( xingat plak..)

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain.
*i do easily understand people.. walaupun aku mungkin x cakap apa2 yang aku faham n know dia.. dia=sapa2 ja..
Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh.
*kecik punya hal x yah gaduh laa.. pejam mata ar stakat sikit2 punya hal.. there r more things to be considered..
Perhubungan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik.
*i do appreciate friends n they told me i am a good friend.. thank u.. 
Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.
*manakan tidak.. duk temenung sorang2 dalam bilik sepanjang hari pun aku buleh hidup.. banyak fikir..

5 ~ Colour
       September 24th ~October 3rd = Purple
       (yeah, saya chenta purple.. sejak dari baby, haha)

You are mysterious, never selfish and get interested in things easily.
*woo how mysterious i am?? never.. yes smua benda aku interested nak tau.. 
Your day can be sad or happy depending on your mood.
*aku emo.. mood penentu segalanya.. kadang2 aku yang tentukan mood aku.. terrer idak?? haha..
You are popular between friends but you can act stupid at times, and forget things easily.
*popular? proud of laa.. haha.. stupid?? people do act stupid kan?? forget laa yang mana2 dah x releven untuk tersimpan dalam pala hotak dah.. haish..
You go for people who are trustworthy.
*what for looking for the hypocrite one??
6 ~ choosing an action..

Stubborn is the best word to describe you.
*huh, a compliment??
You will not give in to anything once your mind is set.
*yes.. aku adalah aku.. hidup aku, aku yang tentukan.. 
You live by your own rules, and damn the consequences.
*aku the one n only reason untuk smua benda yang aku lakukan.. 
But to many people, you are just a hard-headed person with little consideration to others.
*no, I'm not! aku care about others laa..

7 ~ D.O.B
       SEPTEMBER=FINEASS PIMP (what?? malas cari diction.. sorry)

Loves to chat.
*..with someone i know.
Loves those who love them.
*mestilah.
Loves to takes things at the centre.
*centre of the court or what?? rationalize thing..
Great in bed.
*ngaa.. my bed?? buas..
Inner and physical beauty.
*blush*
Doesn't pretend.
*hidup bukan pentas lakonan..
Gets angry often.
*memang emo sket.. hangin je klau x kena dengan aku..
A meaningful love life partner.
*ya.. appreciate love too much.. that's why la kut i am choosy??
Makes right choices.
*alhamdulillah
Treats friends importantly.
*told u, i am a great friend..
Brave and fearless.
*hidup kena berani.. tapi x bermakna x perlu takut..
Always making friends.
*nope.. unless pihak lagi satu mulakan.. haha..
Does not harm others.
*aku bukan parasite.. live ur life, i live mine..
It is all about love and fairness.
*fair n lovely??
Easily hurt and hard to recover.
*luka bukan buleh sehari sembuhnya.. nak luka, sesaat pun buleh.. ye idak??
Daydreamer and does fulfill.
*apa aku nak, aku kena dapatkan.. no matter how hard.. aku akan cuba jugak..
Opinionated.
*klau rasa opinion aku ok, haa hambik.. klau x, i do keep it to myself..
Does not care to control emotions.
*i do care laa!!
Knows what to do, to have fun.
*plan sentiasa ada jaa nak mencari fun.. eheh..
Unpredictable.
*sometimes.. ikut kepala aku ja..
Someone to have close to you.
*ya i need that sumone.. give me one??
Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.
*astagfirullah.. haha..

8 ~ D.O.B
       27 of the month

Your Life
You are sensitive and vulnerable.

*vulnerable?? ya, ya n i am sensitive too, so??
Tears often run down your cheeks even when the matter is not that bad.
*mana kau nampak aku nangis?? memang laa nangis tp pandai cover kut.. :p 
This might be the result from being to pessimistic.
*i think tong.. haha..
You might seem cold on the shell, but your inner self is a kind, loving person.
*muka x membayangkan apa yang ada dalam hati yeah.. Your Love
You will be elegantly dressed, no matter how casually dressed your date may
be.

* aku bukan model..
You are emanding in love and sometimes to an unacceptable extend.
*again i do appreciate love walaupun x pernah lagi rasa love tu setakat ini, sehingga hari ini..

tuu dien.. sampai lapan test aku wat.. memang laa aku x dak keja malam2 buta nih.. haih.. tp kan believe or not, benda2 ni ada betuinya... 95% ar kebenaran.. ish kagum yang amat sangat maha kepada psychologyst.. n wat laa test mana pun, result dia lebih kurang sama.. impressive.. ini from the test.. nnt aku continue jejak mencari Marhaini Mohamad ni by myself opinion plak..

Monday, August 8, 2011

Future

sapa ada psikik buleh meramal masa depan?? ce gtau aku.. x dak sorang pun kan?? kita manusia yang hidup di dunia ni hanya mampu berserah kepada kehendakNya.. sebaik mana pun kita merancang, tuhan jugak yang tentukan..

hadirnya entry ni untuk kali kedua sebenaqnya setelah entry aku musnah pada satu malam yang durjana.. tercetusnya benda ni adalah disebabkan result UPU yang dah keluaq sebulan yang lepas.. dah sebulan rupanya.. x sangka betoi.. n baru sekarang aku ada kesempatan, dan yakin hati, akal, jiwa dan pemikiran dah stabil untuk meluahkan apa2 yang patut..

result upu.. serius cakap aku takut.. memang laa rezeki dan masa depan di tangan ALLAH.. tp somehow bila pikiaq2 balik rasa macam masa depan aku tuh ada dalam genggaman UPU.. aku memang takut nak tau result upu.. lebih takut dari nak tau result pasum dulu, sebab aku memang takutlah kat penentu masa depan aku ni.. hailaa UPU..

apa2 pun alhamdulillah perlu dilafazkan terlebih dahulu.. aku mendapat IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOPERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.. ok blank.. masa dapat tau benda ni, satu jaa perkataan yang terlahir dari hati aku "okay".. yup hanya ok jaa hati aku mampu berkata masa tuu.. ok in the term of the good one or the other aku sendiri pun x pasti.. sebab memang aku x tau apa perasaan aku masa tuh.. tetiba jadi emotionless jap.. orang kata apa pun, aku angguk.. x stabil ar feeling aku time tuu.. jangan ditanya kenapa sebab hati aku sendiri x terkata apa.. susah sangat nak describe perasaan aku at that time..

aku cuba laa luahkan jugak perasaan aku nih.. first, yeay dapat UM..! second, lega dapat apa yang dimintak.. first, alaa, awat UM lagi??! second, kenapa tak medic?? nampak?? kan aku dah kata benda ni is too complicated.. memang konflik dalaman dibuatnya aku.. lama jugak aku hidup dalam kepura puraan.. oh x sangka Marhaini Mohamad begitu.. aku sengih, aku gelak, aku happy walupun dalam tetap ada rasa emmphh(xmampu diluahkan dengan kata2, WALANG mungkin??)..

UM.. well aku bangga dapat UM.. sapa x bangga beb.. UM the legend, smua orang respect maut kat UM.. entah kenapa aku pun pelik bin hairan.. asai sebut UM jaa, mesti wooo.. aku kat sini bukan nak bangga, jauh skali nak riak.. tp aku dah pernah berada di UM.. setahun di UM masa pasum.. bagi aku cukuplah tuu.. ni x bermaksud aku x mau UM, tp entahlaaa.. kawan2 matrik aku macam syok + excited gila dapat surat tawaran U masing2.. tp aku macam rasa besa jaa.. lagi skali bukan nak riak atau membangga diri.. tapi bila dapat surat tawaran tuu, tengok logo UM, tengok borang2 dia.. aku x rasa apa2.. excited degree tuu memang kurang.. mungkin masa pasum dulu pun aku dapat benda yang sama, so aku boring.. entah apa2 laa mar.. aku sendiri x tau apa kena mengenanya, tapi aku memang kurang feel masa dapat surat tawaran.. n dah memang ternampak jelas seraut wajah UM di benak aku.. tanpa surprise feeling..

besides that, mungkin sebab aku x expect langsung yang aku akan dapat UM balik..walaupun hakikatnya aku tau budak pasum ada probability yang sangat tinggi untuk dapat UM balik.. woit UM tuu dasyat laa, x tercapai dek akal aku nak sambung kat situ.. ataupun sebab aku ni memang jenis x meletak harapan yang tinggi..

tp aku silap.. memang aku silap.. sebab aku silap meletak harapan yang buleh dikatakan agak tinggi terhadap medic UPM mahupun UKM.. kenapa?? ish memang aku mengaku itu silap aku.. sapa kata aku x sedeh x dapat medic..?? memang aku bohong klau aku kata aku x sedeh.. hallo, medic itu impian aku..!! bila x dapat?? admit hati aku patah dua kejap.. sebab tuu laa aku macam go on life ja, go with the flow dengan biomed tanpa memikirkan hati aku sendiri yang keciwa.. memang aku keciwa..

ok.. aku bukanlah hadap sangat nak medic tuh.. sebab aku sendiri x yakin yang diri aku buleh gergaji tengkorak orang, korek perut orang, patah riukkan tulang orang, talk to orang n segala macam doc punya skop keja.. tp jauh di sudut hati aku,memang aku yakin aku buleh wat benda tuu bila reality comes.. wei itu impian aku.. bayangkan aku hidup from form 4 till habis asasi dengan impian aku akan menjadi seorang doktor tapi malangnya tak.. korang faham x?? nope aku tau korang x kan faham sebab korang bukan berada di tempat aku..

memang laa aku bukan jenis yang akan mati bila x dapat medic.. n aku memang x mati pun.. tp keciwa tuu berat sbenaqnya untuk aku tanggung.. sebab tuu aku deviatekan diri aku daripada ingat smua benda alah ni n just go on jaa.. tapi sampai bila aku mampu tipu diri sendiri?? xkan seumur hidup kan?? so biaqlah aku nak reyau ka apa ka just for tonite to setlle down this thing..

for aku myself, aku ok jaa kut dengan biomedic.. aku terima sebab itu apa yang aku mintak.. tapi aku tetap mengaku yang harapan aku untuk medic agak tinggi sampai aku x terpikiaq klau x dapat medic, aku nak wat apa.. biomedic, nama macam sedap jaa kan, so aku pun buh jaa laa apply dalam borang UPU tuh.. as easy as that kan mar?? satu jaa thing yang aku dengaq pasai biomed, iaitu doktor yang x merawat pesakit.. admit lagi yang passion aku untuk doktor amat tinggi sampai bila aku dengaq biomed ni keja macam doktor jugak, aku terus tertarik..

mar n doktor.. macam dah sebati.. oh pelis, perasannya anda Marhaini Mohamad!! tp memang, family, cikgu, kawan2, sanak sedara, junior n klau buleh smua makhluk laa anggap yang aku ni future doc.. memang factor sekeliling ni one of the factor yang aku rasa aku nak nangis sepanjang malam.. korang punya harapan tuu terlalu tinggi.. aku rasa aku useless, aku loser sebab menghancurkan impian orang n impian aku sendiri.. again korang x kan faham perasaan aku.. kita hanya buleh menilai jika kita berada di tempat orang tuu kan??

adik tau laa, mak x happy adik dapat biomedic.. x payah berpura pura.. memang mak x luahkan, tapi adik tau dari cara mak cakap, mak tanya.. mak frustkan adik x dapat medic?? ya allah, hampehnya aku rasa diri aku masa aku habaq kat mak aku yang aku dapat biomedic, n mak aku tanya balik "biomedic?? bukan medic?" rasa macam nak meleleh ayaq mata time tuu jugak.. tp aku x.. aku kuat.. aku cover, aku jaga ayaq muka aku.. tp hati aku masa tuh dah hancuq berkecai kecai hanya aku yang tau!! mak macam x yakin dengan biomedic, so do I !! so??

family.. stop calling me DOCTOR, I'm NOT!! rasa nak jaa aku jerit ayat ni biaq satu dunia tau n faham.. sanak sedara smua dah menggangap aku ni doctor.. ni mak teh, mak long, nek sakit buleh laa hani rawatkan.. aku diam jaa masa orang kata ni smua.. tapi hati aku menangis, sapa yang tau?? tolong laa faahaaammmm!! n memang susah nak fahamkan orang kan?? they still anggap aku ni doctor.. memang aku rasa loser yang maha hebat laa!! inferiorty compex.. tahniah laa smua buat aku rasa macam ni.. orang respect aku, orang bangga dengan apa yang aku x dak.. oh damn.. perasaan yang sangat arrrggghh..

bukan tuu jaa, cikgu2 pun sama.. serius cakap aku malu.. malu.. tp bukan salah aku kan?? bila orang smua tanya dulu aku nak jadi apa, nak further apa.. aku memang laa jawab medic sebab itu memang apa yang aku impikan, tp x semestinya aku ni bakal student medic!! weh tolong laa faham aku sket.. terguris hati tok sah cakap laa.. bukan takat terguris, terpotong potong dah hati aku bila orang tanya awat x medic?? aku?? hanya mampu tersenyum..

malah ada yang berkata, oh x payah nak kata, aku sendiri pun tau yang aku still buleh nak jadi doktor.. aku memang buleh jaa masuk ACMS, AIMST, MSU, n segala macam yang ada menggunakan biasiswa NGO yang makin bersepah skarang ni.. tapi aku x mau!! memang ramai jaa kawan2 aku yang nak medic tp result hancuq, tp still teruskan degan medic.. ada yang p indon, mesir, private college.. padahal diorang x layak!! hui jahatnya mulut.. tp itu apa yang aku rasa.. kenyataan.. aku lebih layak.. below 3.5 pun nak jadi doktor.. wei korang x rasa bersalah kaa potong line orang?? dunia kadang2 kejam.. whatever it is lepas ni diorang smua tetap jadi doktor.. orang x heran pun kat mana pun yang diorang blajaq, x perlu UM pun diorang still doctor..  and aku akan jadi apa?? ntah, aku sendiri x pasti..

perdana university.. one of uni yang aku rasa logic n sesuai laa jugak untuk aku.. ramai kawan pun nasihatkan suruh aku p.. aku nak p.. tp family macam x menggalakkan.. aku keciwa jugak sbenaqnya.. depa memang macam x bagi aku p interview tuh.. baru interview kut.. aku rasa tentangan dan halangannya walaupun bukan terang terangan.. abah x bagi aku p kl juz for that interview, along n bangah macam kata x payah laa, klau dapat nak p ka apa laa.. sedeh aku sedeh.. tambah2 klau tanya aku tetap nak medic ka?? tanya, tapi in the same time suruh aku redha dengan biomed.. aku keliru.. aku sangat keliru.. otak aku jaa aku kerah untuk pikaq, hati aku abaikan.. lagipun aku x suka pada keadaan yang x pasti.. klau aku p interview, bila nak tau result aku layak ke x.. aku benci duk tengah2.. biaqla di hati dah tetap dengan UM, senang..

entahlaa, aku jadi sedih sangat malam ni mungkin sebab cikgu2 yang aku jumpa kat skolah tadi.. cikgu roslina sampai kata mudahnya aku mengalah ikut takdir tanpa fight klau hati aku sbenaqnya nak medic.. teruk jugak kena marah + nasihat.. aku hanya?? tersenyum.. teacher yati kata hiduplah aku dengan kuman2 lepas ni dengan course biomedic, dah laa sakit teacher kata.. aku hanya?? tersenyum.. tabahnya aku.. tp ketabahan aku diuji.. aku tengok drama, doctor rawat patient, tersentap hati aku.. dulu bila aku tengok benda2 tuu aku bayangkan yang aku akan jadi macam tuu nanti.. tp skarang.. sedeh.. aku x buleh jadi macam tuu dah.. line dah laen.. aku x pasti aku buleh tengok house lagi ka dak lepas ni.. ohh..

lama jugak benda ni menghantui hidup aku.. antara status yang terlahir
~Aiseh.. CUAK tak hengat ar..
~MAR tak akan kecundang !!
~UM, kembali aku kepadamu..!
~Spill mar spill ! Be yourself !
~Nangislah jika itu mampu mengubat lara..
~What's in my mind?? Is it because of VERSUS or BIOMEDIC?? Damn..
~aku sangat CELARU!!
~Rasa macam nak masuk UM esok jugak!
~NO one knows you best else than yourself do!
~Aku tak cukup kuat untuk itu..
~Mood UM..! Come to me bebeh.. Stop hiding! I'm looking for you..


apa pun aku still bersyukur sebab at least aku dapat apa yang aku nak, bukannya kena lelong.. ramai kawan2 aku yang kena lelong, dapat course ntah apa2, U pun ntah mana2.. aku still dapat apa yang aku inginkan jugak.. cuma mentally aku not fully ready for this..ready x ready aku kena laluinya, kena readykan diri jugak, kena sediakan otak, hati n akal di tahap yang paling baik sebelum nak menempuh apa2 jua keadaan di UM kelak..

untuk pengetahuan semua, jangan risau.. sebab aku ni memang seorang yang rasional.. aku terima biomedic dengan hati yang terbuka.. walaupun pada awalnya ada jugak kesangsian, keraguan, dan kekeciwaan menerima course ini.. manusia kan, x pernah cukup dengan apa yang dia ada.. bila duk sorang2 pikiaq balik, sampai bila aku nak regret benda ni?? ni suratan hidup aku.. Allah dah pilih jalan yang terbaik.. kalau Allah x mau berikan apa yang aku nak, mungkin Dia akan berikan yang lebih baik di masa akan datang kan?? ayat ni jaa laa yang menyejukkan hati aku.. merawat luka dalaman aku.. mungkin jugak Allah dah tau yang aku x cukup kuat untuk medic.. mana tau klau aku truskan jugak medic, aku akan lingkup half-way ka, oleh itu Dia bagi siap2 biomedic ni kat aku.. terima lah seadanya..

dear biomedic, dengan rasminya anda menjadi impian dan sandaran aku skarang.. biaqlah aku amalkan prinsip, bercinta lepas kawen dengan biomedic ni.. lebih indah kan?? aku memang x worry langsung pasai keja.. insyallah rezeki ada di mana2 dengan izinNya.. ampunkan aku ya Allah sebab macam menyalahkan takdir.. tidak sama skali.. cuma hati yang ingin berkata kata meluahkan kelukaannya dengan harapan cepat sembuh n move on..

kemon la mar.. biaq apa orang nak kata, biaq apa orang pikiaq, biaq apa orang nak anggap.. aku tetap aku.. remember?? apa2 pun, hidup aku, aku yang tentukan.. mulut orang bukannya buleh tutup.. yang nak kena belajaqnya hang, bukannya depa.. terima jaa laa sebagai satu doa bila orang panggil hang doctor.. tp aku sendiri janji dengan diri aku, yang aku akan dapat titlle doctor tu.. for my phd.. insyaallah..

abaikan smua ni, tetapkan iman.. berubah ke arah yang lebih baik.. betulkan niat.. aku study, nak dapatkan ilmu.. x kira laa apa pun cabang ilmu tuu.. bukannya study untuk nak jadi doktor.. study life, alangkah indahnya.. rebut peluang tuu untuk berkongsi sedikit ilmu Allah di muka bumi ni.. hargainya.. insyallah aku akan buktikan yang aku mampu belajaq, mampu berjaya, mampu 4 flat, mampu teruskan hidup ini dengan sebaik mungkin..

n to UM.. alhamdulillah.. aku dah kenal UM... dah tau selok belok UM.. senang laa kan?? kawan pun ramai.. x payah susah2 nak terkapai kapai cari kawan n sesuaikan diri kat UM tuh sebab dah memang sesuai sangat.. hehe..klau dapat sebilik plak dengan lissa lagilah bahagia.. mudah mudahan frenship kitorang ok.. n aku.. back to UM.. back to DTC.. back to the library.. n back to those memories..

sorry kalu aku bawak korang ke kancah dilema aku ni.. n sory klau aku memeningkan korang.. sebab aku sendiri pening dengan apa yang aku luahkan.. ada faktor VERSUS (pengaruh hlovate yang maha kuat) kat sini.. antara AKU dan AKU yang berbeza fikiran dan pendapat.. yang think hard pasai future either on the good side or the bad side.. rationalize thing.. aku sama skali x kan regret benda ni.. jangan terpedaya.. post ini hanyalah segelintir perasaan aku yang celaru.. xkan di bawak seumur hidup.. tinggallah perasaan ni kat sini.. aku akan move on live dengan semangat baru.. MAR yang baru..