Friday, July 22, 2016

11 syarat terakhir..



Entering the last 5 weeks of study weeks before the PROIII examination approaching..
Wish myself the best of luck, insha'Allah amin.

Sunday, May 29, 2016

Polident

20 August 2014

Pagi tuu aku bangun macam biasa, cuak berdebar tp aku masih tenang.. Last day exam medicine posting which is the last posting for my 3rd year.. Siap mandi berbaju kurung ungu, lalu melangkah keluar rumah dengan lafaz bismillah.. Motosikal aku hidupkan, singgah ambik kawan dan meluncur laju menuju hospital..

"Arghhhhh...!!" aku jerit

Puknfpvkmkfvneijvninfvkfvmfldvmeocmek

Tiba tiba aku kat hospital..
Siapa sangka, pada hari tersebut aku kemalangan.. Maklumlah malang tak berbau.. 

I just can't remember anything, apa yang dah jadi kenapa jadi smuanya aku tak ingat..
Sedar2 je, aku kat hospital, I can barely remember the situation at that time kat EM.. There are a few friends helping me out, aku ingat aku bukak lens kat EM, a few doctors drop by jugak tgk what had happenned to this Malaysian student.. Aku asyik sebut nama kawan aku, "Tipah Tipah kau okay tak?"

Aku buat brain CT scan and chest X ray.. Tapi aku tak ingat pun, cis rugi betul.. Ini 2nd time CT scan seumur hidup, tapi kali ni pun aku tak sedar diri , the first time ialah masa meningitis which aku loss of consciousness jugak hurmm.. Masa Xray dah ingat sikit2, then pegi dental checkup macam dah fully recover, ingat smua benda dah.. Next pegi jahit dagu nganganga ngilu baq hang.. 

Total loss haha
Gigi depan patah sebatang, right central incisor
Dahi lebam, racoon eyes sbb aku bleeding sikit dalam otak
Dagu terbelah, jahit 6 jahitan jugak lah
Luka tangan, siku, ankle..

Aduh sakit! Tapi aku kan naturally kuat tabah macho, tak nangis pun wei.. Aku redha je since aku tahu aku accident tu.. Exam aku dipostpone, bagi time aku recover sikit dulu, tak kan nak g exam dgn darah2, lebam berjahit bagai tuu kan.. Balik rumah, rehat nak tdo then mengalirlah air mataku kesorangan dalam bilik haha.. Sakit luka, sengal badan, tak boleh tdo, ingat mak abah, ingat exam, ingat susahkan kawan2.. Allahu..

Kawan kawan cerita, aku tiba2 loss control moto, then melayanglah aku dan sahabat.. Pakcik pakcik tempe dtg tolong, tahankan auto, tolak moto ke tepi.. Kitorang pun naik auto sendiri pergi hospital.. Dalam auto tuu i keep on asking my friend "Harini kita exam kan?" "Harini kita exam kan?" Ulang soalan yang sama sampai berapa kali daa, kawan aku pun bingung haha.. Effect bleeding kat otak, aku jadi repetitive speech, then aku tak ingat apa jadi pagi tuu, aku makan apa pagi tuu, kenapa aku jadi gitu.. Syukurlah aku ingat diri aku dan kawan2 haha..

Gigi depan rogak dah rupa penyagak dengan dagu berjahitnya haih.. Hari aku accident is the exact same day aku patutnya bukak braces.. Haha benda dah nak jadi, adalah Allah nak ajar something tuu.. Sakit mulut besi braces mencucuk cucuk dah terbengkok habis smua hurmm.. Jumpa dentist, bukak braces and plan for implant huhu.. Sementara nak implant, merasalah aku pakai gigi palsu bersama polident HAHAHA! Setahun jugaklah senyum dengan gigi palsu, pengalaman dowh.. Siapa sangka kau muda muda lagi dah kena pakai gigi palsu ahaks.. Now implant dah siap, which cost me around RM4k! Yup 4 ribu untuk sebatang gigi, bersyukurlah untuk smua gigi yang kau ada nakk haha.. Tak tahu lah hantaran kena tolak ke kena tambah sebb ada gigi implant haha..

Parut luka kat tangan, kat siku masih ada samar samar, orang kata parut kenangan pengalaman ceit.. Nasib baik hati belum berparut hoho..

Out of all, aku masih bersyukur yang aku tak patah riuk coma ke mati ke nauzubillah.. Aku ambik benda ni as a lesson, adalah hikmahnya tuu hanya tuhan yang tahu, penghapus dosa ke hukuman ke apa hurm.. Ini jugak antara pengalaman hidup aku kat India.. Wa dah seret itu jalan raya India wei, lu jangan buat main.. Haha.. 

Aku takdelah traumatized sangat by that accident, bila masuk year 4 aku yakin je nak bawak moto balik.. But then, perasaan tuu sedikit lain la, nak kata cuak tak cuak, takut tak takut.. Sampai satu tahap tu, i've decided to own a car pulak instead of moto.. Udah udah laa jadi minah rempit tuu mar.. So bawak berbincang dgn family, n keputusan diambil, jual moto walaupun aku syang moto aku yang amat, aku beli kereta second hand kat sini.. Alhamdulillah sampai sekarang final year banyak jasa kereta tuu kat aku.. Mungkin ini one of the hikmah, who knows..

:) 

Monday, May 23, 2016

sarkastik

sarkastik - people said it is a new language

Aku bukan nak jadi sarkastik, aku hanya semakin banyak bercakap dan lawak dalam percakapan.. Sedapnya kau tuduh aku sarkastik, tapi kau sendiri lebih dari itu.. Tapi aku ambik sindiran kau tadi supaya aku lebih berhati hati kemudian hari dalam percakpan, lidah itu lebih tajam menikam dari pisau..

Bersyukur untuk segugus kawan2 yang masih setia bersama, menerima aku apa adanya, setia bersama aku hadapi pelbagai kerenah manusia lain yang tidak sama kelompok.. SYUKUR aku ada kamu..

Bloom Diary, 6 January 2016



Sengkek

Kerajaan bagi banyak mana duit pun masih tak cukup haha



Aku tahu study overseas memang banyak duit, elaun beriban riban kalah orang kerja seyh.. Tapi mana mungkin hidup sentiasa mewah bro, kalau tidak dari mana pulak datangnya pepatah hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri ceh.. Tiap2 bulan mesti parok duk tunggu bila elaun nak masuk, saban bulan without fail.. Ada ja benda nak beli bila ada duit, cukup bulan makan megi, tu pun nasiblah kalau ada stok megi lebih, klau idak kau melantak telur je pun dah bersyukur sangat haha..

Aku untung laa sbb dapat jugak merasa kesusahan hidup di perantauan ni.. At least ada lah pengalaman hidup nak cerita kat anak cucu nanti dulu aku hidup susah bila elaun masuk lambat hidup kat rantau orang jauh dari keluarga.. Haha nampak tuu aku dah karang ayat nak cerita kat anak cucu.. Makan pedo2, beli barang pun pkiaq2, reka olah menu macam2 nak bagi menarik supaya tak bosan, tapi ini semua terjadi bila tiba hujung bulan je lah.. Once dah dapat elaun kau punya enjoy tuu ibarat dah tak de hari depan, haa padanlah muka..

On the brighter side, duit kerajaan bagi nii telah melayakkan aku pakai perfume Zara, baju Zara, Forever21, Mark n Spencer dan sebagainya lah yang mana aku tak pernah jenguk mahupun jejak kaki pun ke butik2 ini bila di Malaysia.. Alhamdulillah dapat merasa orang kata.. Dengan duit pinjaman Mara ini jugak lah aku mampu terbang melihat dunia luar ke Korea, Maldives dan serata cerok bumi India ni.. Alhamdulillah jauh perjalanan luas pengetahuan katanya cehh..

Cuma satu peringatan buat diri sendiri, jangan terlalu biasa dengan kehidupan mewah seperti ini, ingat macam mana kau membesar, macam mana mak abah didik bukan dengan limpahan wang ringgit, tetapi dengan limpahan kasih sayang, hahh gitu.. Harta benda di dunia ini sesungguhnya sementara, jangan taksub harta dunia, cukup sekadar cukup makan pakai..

Bloom Diary, 3 January 2016

Chores

Chores

I love chores. for some extend... Suka atau tidak, sebagai perempuan kerja rumah tetap kena buat, tetap kena laksana walau penat macam mana.. To keep home cleaned is essential.. Tapi tak semua orang rasa benda nii essential, they are people who can live in dirty mess condition.. Euww luckily i am not one of them.. Ada orang yang threshold dia tinggi, dia tak consider rumah bersepah rumah perlu dibersih walaupun dah sepatutnya kena bersih.. Setiap manusia tu kan berbeda, ini lah contohnya haha..

Aku bukan nak berkira sbb benda macam nii bukan boleh kira pun.. Tapi agak agak lah kan dah dekat 2 tahun kau duduk rumah nii dengan aku haram sekali pun kau tak pernah pegang batang mop huhh melampau.. I wont complain you pun, but at a time kadang2 aku penat jugak lelah sorang2.. Aku tak boleh nak ubah kau pun, so let it be lah, cuma aku mohon aku diberi kekuatan dan keikhlasan yang paling ikhlas..

Bloom Diary, 2 January 2016

Love vs Hate

Love-Hate relationship



Aku tak tahu kenapa aku memang suka love hate relationship, ya i know aku macam pelik, but i really cannot brain those cheezy jiwang type of relationship.. Mungkin ni effect terlebih drama melayu but memang aku suka relationship sempoi ganas bersama abam macho sweet acah acah garang tapi protective awww.. Harapnya dapatlah jodoh seperti apa yang ku impikan, i cant even describe criteria to be had by my husband sbb impian itu tak dapat dizahirkan..

Jodoh, admit that aku dan kengkawan dah start worried about jodoh, cause we're no longer young haha.. Its like, klau kau takde org skrg, dah susah nak jumpa kemudian hurm.. Plus ramai gila kot kawen awal, silap2 jumpa kat hospital tuu kang semua laki org haih.. Whatever it is, aku personally yakin that jodoh tuu Allah dah tetapkan, tunggu dan doa for the best.. Chill ya..

Masuk tahun baru dah fikir jodoh kau apehal sis?!

Bloom Diary, 1st January 2016  

Ola peeps!

Hai.. Assalammualaikum..

It has been a while.. Nope, It has been a long time, a very very long time since the last post on 2012, 4 years back uh..

Suddenly, i just missing a lot to blog again.. Thinking of to have a new blog, but I just can't ignore this blog, it is full of my stories.. Even i laughed a lot on all my stories written here haha.. So here I am cherishing my old blog, and insyaallah will continue to blog here.. Aku reti cakap Melayu lah, pleaselah tetiba nak fully speaking dah kenapa..

So, salam perkenalan..
Saya Marhaini Mohamad, pelajar perubatan tahun akhir MSU-IMS Bangalore Campus..

Motif blog ni just untuk coretkan segala kisah dalam perjalanan hidup aku yang mencari diri sendiri..
Dah banyak tertinggal sebenarnya, but nah i try to continue and perhaps if and only if I have more time, I should do some catch up session with the blog la kan, hehe..

Dalam period of time yang aku tak blog, i do write actually.. Dekat apps diary kat laptop.. So aku nak publish balik the entries in the diary into this blog since dah dapat kekuatan balik nak berblog haha..

So stay tuned!